About Me

The name is Eiqa @ Iqa. I'm a full time Allah's servant, a daughter to my parents, a sister to my siblings and a friend to my friends. I'm a full time student ; specific in Mechanical Engineering (Design). I enjoy reading, writing, listening, talking, thinking, learning, playing, eating and so much more! My life begins on Dec 22nd,1992 @ Jamadilakhir 1413.

Blog Archive

soul o'heart

Powered by Blogger.

Saturday, 3 December 2011

luahan siHATIkecilku :: dedek

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Jyeahhh !
kadang kala kita berusaha untuk membahagiakan keluarga,
apa yang diminta kita cuba untuk laksanakan..
kemampuan untuk memenuhinya agak sukar, itulah hakikatnya,
cuma kasih sayang yang penting dan menjadi keutamaan..

Aku di sini punyai kenalan dan teman seperjuangan,
dedek pula di rumah duduk bermain keseorangan..
hanya lagu, televisyen dan handphone menjadi teman,
walhal yang mati itulah faktor dedek terbelenggu dalam kebosanan..

Handphone berbunyi, mesej dari dedek aku terima,
"kakak, nak itu..nak ini.." permintaan dedek dengan harapan yang berbunga..
sungguh dedek mengharapkan aku untuk membelinya,
aku hanya mampu tersenyum melihat karenahnya.. =)

BUAT DEDEK YANG KAKAK CINTA
Kakak tahu dedek menginginkannya,
Kakak tahu dedek memerlukannya..
Maaf sekiranya kakak tidak dapat memenuhi semuanya,
InsyaAllah dedek, ada masa nanti akan kakak dapatkannya..

Bukan sebagai cagaran mahupun balasan semata,
mahupun kehendak sendiri yang memaksa..
Cuma satu yang kakak pinta..
supaya dedek menjadi seorang adik solehah yang berjaya..

dedek, INGAT PESANAN ABAH, MUMMY, KAKAK & FAMILY yeap!
love yah!


*WASSALAM*

Friday, 2 December 2011

luahan siHATIkecilku :: =)

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Tercetusnya niat ingin membuka kembali lembaran blog adalah kerana buku diari yang telahpun penuh.. Habit dari kecil dimana sang hati sukar untuk meluahkannya kepada manusia, cuma dakwat dan sekeping kertas mampu melayan karenah sang hati.. Kali ini, inginku kongsikan secebis isi hatiku kepada sang blogger dan sang pembaca.. (^_^)

Here we go >>

Buat insan yang ku sayang kerana Allah Taala..
Tatkala aku jauh dari keluargaku,
Kau datang menemaniku setiap saat.
Tatkala aku rindu pada keluargaku,
Kau datang memelukku erat.
Tatkala aku jatuh tersungkur kaku,
Kau bangkitkan semangatku dengan genggamanmu yang kuat.
Tatkala aku tersasar jauh dari mengingati Allah Yang Satu,
Kau datang mengingatiku dengan kata-katamu yang penuh manfaat.

Allah tidak memberi apa yang aku inginkan,
tetapi
Allah memberi apa yang aku perlukan.

ditakdirkan aku menuntut ilmu di sini,
dipertemukan dengan seseorang yang baik hati.
yang menerimaku apa adanya,
berusaha mengajar aku erti kehidupan sebenar.

dialah kawan, dialah sahabat, dialah kakak,
dan dia jugalah keluargaku disini..

aku menyayanginya sepertimana aku menyayangi keluargaku sendiri
dialah dia
siapa dia? 
cuma hati yang berbicara, mulut tak mampu mengungkapkannya.
atau dengan kata lain, RAHSIA !! hihi :p

**WASSALAM**

luahan siHATIkecilku :: aku sebagai seorang pelajar juga perantau

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************


SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER,
dan
DISEMBER
tahun
DUARIBUSEBELAS
(2011)


YA! tiga bulan sudahpun berlalu..
aku disini sebagai pelajar juga perantau..
ingat lagi,
saat aku ditinggalkan keseorangan di tanah semenanjung, 
aku cuba untuk berdikari sendiri, 
harus bersiap menghadapi kehidupan yang penuh liku,
seram!
takut!
aku mulai risau..
sedih ! keluargaku jauh nun di Borneo.

sungguh aku kekosongan, 
tiada siapa menemani,
segala ranjau onak dan duri ku galas sendiri..
ku kesat air mata yang jatuh menyembah bumi..
hatiku bertanya, adakah aku mampu menghadapinya?

aku runsing ! pusing ! keliru !

aku mula mencari sesuatu..
sesuatu yang mematangkan fikiran, hati dan jiwaku..

disaat kesedihan melanda diri,
hatiku mula membisikkan sesuatu,
"Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang sukar untuk kita laksanakan"
melalui saraf tunjang, mesej mula disampaikan..
minda mulai berfikir, 
jiwaku berbunga kembali.. 
aku senyum (:

sungguh! kata-kata manis yang menjadi pelengkap hidupku,
kata-kata yang memotivasikan diri..menjadi tonggak harapan..
dijadikan sebagai asas kehidupan..prinsip turut ditegakkan..
dan diamalkan setiap kali menghadapi ujian dan dugaan..

akhir kata,

SUSAH bukan bermaksud BEBAN,
SENANG bukan bermaksud RINGAN,
SUSAH mengajar erti KESABARAN,
SENANG mengajar erti KESYUKURAN..

**setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya**

Wassalam..







Thursday, 1 December 2011

secara rasminya dirasmi..

Assalamualaikum..

MAJLIS PERASMIAN BLOG 'CORETAN SI HATI'

1 Disember 2011
atau
05 Muharram 1433 H
Merupakan tarikh permulaan yang membuka gerbang baharu untukku kembali menulis..
Di mana blog yang sebelum ini dipenuhi dengan sawang, 
insyaAllah 
kali ini akan sentiasa di-update jika punya masa kelapangan..

TAMBAHAN;

Blog ini adalah sebagai medan penceritaan juga perkongsian,
TIDAK sekadar coretan yang kosong tanpa makna..

(^_^)
Wassalam