About Me

The name is Eiqa @ Iqa. I'm a full time Allah's servant, a daughter to my parents, a sister to my siblings and a friend to my friends. I'm a full time student ; specific in Mechanical Engineering (Design). I enjoy reading, writing, listening, talking, thinking, learning, playing, eating and so much more! My life begins on Dec 22nd,1992 @ Jamadilakhir 1413.

Blog Archive

soul o'heart

Powered by Blogger.

Saturday, 18 February 2012

Semester 2 Tahun 1 Bermula..

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Pukul 10.44pm baru sampai terus terjun katil check email, check twitter, facebook, dan post this entry.. nahhh! Hehe.. Harini kita stay kat rumah kawan, sahabat Matrik Teknikal Johor dulu.. hehe. Lama tak jumpa mereka, semua nampak sihat belaka auuw! Kita je tak, kahkah! Hmm tapi betul la kot, tak miss kalau tak dengar orang panggil 'budak kecik', entah bila la kita nak membesar wuwuuu~ *nangis*

IT's OKAY, memang dah ternyata terang benderang disuluh kannn.. Nak buat camana. Nak deny pun tak guna. hmm *buat muka redha* Cerita pasal flight, actually tadi flight pukul 2.15pm, tapi delayed sebab hujan lebat tambah guruh tambah kilat, so bahaya untuk 'belon' untuk terbang, so dalam pukul 2.30pm tak silap, baru boleh, tu pun masih hujan-hujan lagi.. Memang tawakal je la tadi.. Alhamdulillah flight kita sampai destinasi almost pukul 4.30pm. Biasanya 1jam 30min je, tapi memandangkan cuaca tak elok, almost 2 jam baru sampai. Sampai je terus ke Terminal Keretapi hantar kawan, then terus ke Masjid kejap, solat Asar.. Pastu direct terus ke One Utama, makan-makan.. Serius penat sangat! Pening kepala sepanjang perjalanan, tapi diteruskan juga, kuatkan diri, pertahankan mental, chewah! Lebih-lebih pulak. hehe.

Ni gambar yang sempat kita shoot..

yang saya makan ;)

meera and wani
Thanx wani, pinjamkan kami bilik untuk satu hari.. hehe ;'D 


wawa and me
Tak lupa, Shidie Noridin (tak sempat amik gamba) thank you so much tumpangkan kereta amik kitorang tadi, then esok pulak hantar kitorang balik kolej. Terima kasih banyak-banyak kawan :') 


Next, cerita pasal semester 2 pula. Jadual agak padat la, tapi apa yang best, hari Khamis free! Auuww! Suka sebab senang nak ulang alik pergi appointment braces. huhu. Susah woo orang yang duk jauh ni, Klinik gigi tu, tak ada kenderaan awam yang lalu, so terpaksa buat muka tebal, pergi carik transport minta tolong hantar *sedih* cliche kan? tapi tu kata-kata orang yang lemah.. Fuhh! Tak baik mengeluh, ramai lagi yang susah dari kita, tapi masih mampu berdikari sendiri. So kita? Setiap manusia tak ada bezanya, semua sama. Tapi apa yang berbeza adalah sikap seseorang tu. Jadi, kalau mereka boleh, kita pasti boleh! YEAH! InsyaAllah, masuk semester 2 ni akan jadi lebih baik dari sebelumnya.

Doakan kejayaan Iqa yea :)
Wassalam..
Yang menulis,
Syafiqah (Iqa)

Thursday, 16 February 2012

Semester 1 Tahun 1

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Syukur alhamdulillah, SEMESTER 1 sudah pun berakhir! DAN semester 2 akan bermula next week *nangis*,, Okay kat sini kita nak bagitau, semalam keputusan rasmi untuk semester 1 dah keluar. Agak menggembirakan juga, walaupun ramai yang dapat lagi tinggi dari kita. Tapi dah capai target tu syukur la. Sebelum tu tak rasa pun dapat result yang kira agak baik ni, sebab Statik agak susah kalau tak buat latihan consistent, the Killer Subject tahun 1 untuk budak Mechanical Engineering macam kami-kami ni. Kita sampai nangis-nangis (nangis gerimis jek) sebab tension. Bukan tension study, tapi tension takut tak boleh buat. Macam biasa la budak Engineering, kadang-kadang apa yang kami belajar tak sama dengan soalan yang akan keluar. Susah nak target soalan. Masuk je Dewan Peperiksaan, semua muka redha je nak jawab soalan yang bakal ditempuhi tu.. chewah! kihkih..

Atas usaha kita dan kawan2, walau tak dapat rumah FLAT pun, dapat BANGLO pun cukup. nahh! (merepek) stop bebel-ing.. 

Kawan-kawan, ni la result kita..


3.64
Alhamdulillah.. Ini semua atas DOA mummy abah, family, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat semua.. Dengan usaha kita, cabaran Kekna kita (dia cabar mesti dapat Dean List) dan semangat yang tak putus-putus dari semua yang mengenali. Terima kasih banyak-banyak! InsyaAllah, pada masa yang akan datang, kita akan buat yang lebih baik lagi demi masa depan kita, demi kesejahteraan keluarga, Negara dan yang penting agama, agama Islam. Kejayaan ini semua milik Allah SWT. Tiada apa yang dibanggakan melainkan berterima kasih kepada Dia, Allah SWT atas rezeki yang dia berikan. Kena ingat juga (buat diri juga kawan-kawan), usaha bukan setakat ini sahaja, sentiasa berterusan.. Fuuhh banyak lagi yang kita perlu tempuh. Lagi 4 tahun kot. Hmmmm~

"Belajar bukan untuk dapatkan A atau Dean semata,
Belajar adalah kerana Allah SWT"

Pesanan yang diberikan sentiasa tersemat dalam diri, insyaAllah.. Terima kasih atas doa semua. InsyaAllah kita akan buat lebih baik untuk semester yang akan datang. 

Alhamdulillah Ya Rabb~!

Yang menulis,
Syafiqah (Iqa)

Tuesday, 14 February 2012

Sebulan di Tanah Borneo

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Alhamdulillah sebulan berada di tanah kelahiran sendiri. Banyak program yang saya sertai. Juga banyak family events yang tak lengang meraikan saya dan cousins yang lain. Segala yang saya inginkan, yang sukar didapati di tanah Semenanjung, alhamdulillah hampir dipenuhi di sini. Bersyukur mempunyai keluarga yang memahami. Tapi segala keinginan tu bukan dengan pembaziran wang ya! Masa hujung minggu saya dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Isnin sampai Jumaat apa cerita? hehe. Actually on weekdays, cuma saya yang berada di rumah 24hrs. Abah dengan mommy kerja, dedek (adik) sekolah. jadi pengurusan rumah semua di bawah tanggungan saya, sementara sahaja ya. winkwink! Ada masanya kawan-kawan ajak keluar pergi menabung kat shopping complex. hehe. Tak beli apa-apapun, cuma belanja ke arah makanan (for sure), main boling, jalan-jalan dan macam biasa la, how teenagers hanging-out with their friends in POSITIVE ways. Okay tak mahu bebel panjang, sometimes a picture could story and expressed everything, right? here we go, saya try cerita through gambar sahaja ya.

UNIMAS
Di awal minggu percutian ini, saya ditawarkan jadi Fasilitator untuk peserta lepasan SPM & STPM kat UNIMAS, program ni adalah persediaan untuk mereka menghadapi masa-masa di Menara Gading nanti, insyaAllah. Banyak perkara yang saya belajar juga disamping mendidik dan memupuk mereka dengan rasional-rasional yang disampaikan melalui beberapa aktiviti yang dilakukan.

Saya dikenali sebagai Kak Iqa (winkwink!) sebagai Fasilitator kumpulan Gagak
Adik-adik kumpulan Gagak yang disayangi. Mujahidah Solehah, insyaAllah :')
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, semoga apa yang disampaikan tersimpan rapi dalam diri mereka, dan dipraktikan dalam kehidupan seharian.. Aminnn :) 

Steamboat
One of the favorite place to go is Steamboat. Memang terbaik la kan kena serang kegatalan. UPSss! hahaPadan muka, tahu ubat da habis tak pergi beli. hehe. Apa-apapun alergi tidak menghalang saya untuk melayan karenah sahabat-sahabat. Seronok! ;)

LINUT
Gambar hiasan kat atas ni, kat Sarawak kitorang panggil Linut. Dekat Sabah namanya Ambuyat. Tapi sama je spesis dia. Rupanya transparent, macam gam di makan dengan sambal asam atau apa-apa yang korang suka. Cara makannya dengan chopstick, tetapi bagi yang tak pandai tu guna garfu pom boley~ hehe. Haritu satu family datang rumah makan Linut ni beramai-ramai. Cool! ;)
Hmm, rasanya setakat ni je la kot yang saya boleh kongsikan. hehe..

Oh ya, sebelum tu, I want to share a little bit about the Kids in my family..
Dayang Amyliana Hanna
Gambar ni masa kat Masjid Jamek malam Cinta Rasulullah.. Budak kecik ni nama dia Nana, my niece yang paling rapat. So closed to me. Sekarang ni dia dah Primary 1. Dulu cengeng, sekarang gedik. Datang rumah, benda pertama yang dia cari is my phone. 

Abang Arefqi Hairal
Yang ni pulak my nephew. Also quite closed dengan me. We call her Qiqi. Dia ni nakal sikit, tak reti nak duduk diam. Ada sahaja benda yang dia nak buat. Yang ni lain sikit, dtang je rumah perkara pertama dia nak tuju is my room. Suka sangat tarik tangan saya, then ajak naik atas. Bila kita buat-buat ignore, mula lah dia merengek menangis. haishh! sangat pening! balik-balik, saya juga kena kemas balik bilik. huhu -___-"

Walaupun diorang tu niece & nephew, they still call me as Kak Iqa. kihkih..
Dedek as Kak Dedek
Mommy as Nek Mommy,
Abah as Nek Uncle.

The Baby - Syed Adl Faliq bin Syed Al Fareezan
Yeah! My first cucu! hehe. The name's given by her Abah, Syed Adl Faliq. We call him baby Faliq. The one yang 'gendong' dia tu la Abah dia (my nephew). My nephew ni suruh baby Faliq panggil dia as Abah & isteri dia pula as Mommy. sama macam I call my Abah & Mommy. hehe.

Okay that's all from me!
tata! 

p/s:-
4 days to go
Sabtu dah nak fly ke KL :'( *nangis*

Minggu depan Semester 2 bermula, doakan Iqa ya kawan-kawan.. :)