About Me

The name is Eiqa @ Iqa. I'm a full time Allah's servant, a daughter to my parents, a sister to my siblings and a friend to my friends. I'm a full time student ; specific in Mechanical Engineering (Design). I enjoy reading, writing, listening, talking, thinking, learning, playing, eating and so much more! My life begins on Dec 22nd,1992 @ Jamadilakhir 1413.

Blog Archive

soul o'heart

Powered by Blogger.

Saturday, 16 June 2012

Rindu itu sakit.


Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Alhamdulillahirabbil alamin. Berakhir sudah semester kedua, tinggal lagi enam (6) semester yang harus ku tempuhi demi mendapatkan dan mempelajari sesuatu ilmu untukku teruskan hidupku demi masa depan yang belum tentu bentuk pengakhirannya. Apa yang penting, segala yang aku pelajari diredhai Allah SWT. Benar, segala yang kita lakukan, apapun usaha yang kita laksanakan, keberhasilannya semua kehendak Allah. Dan setiap yang terjadi, akan terjadi mahupun yang sudah terjadi, semuanya aturan Allah SWT. Setiap aturanNya juga pasti ada hikmah disebaliknya. Percaya pada Qada' dan Qadar Allah, insyaAllah kesenangan yang akan kita dapat. 

Bersyukur ke hadrat Ilahi, sepanjang semester ini, banyak hikmah, ujian, dugaan, cabaran, dan bermacam-macam perkara yang aku tempuhi. Ada masanya manis, ada masanya pahit, perit, masam, masin, dan semuanya! yang pernah ku alami. Kadang-kadang aku menangis sedih, mencari-cari bantal peluk untuk ditangisi. Tapi tiada satu pun bantal peluk yang se-empuk mummy (gelaran kepada ibuku) ku yang mampu meringankan bebanan yang aku pikul. 

RINDU KELUARGA,
 I MISS MY FAMILY,
 MUMMY ABAH I MISS YOU,
 RINDU RINDU RINDU!

..kalau diikutkan, sepertinya sudah tak mampu untukku kira berapa kali aku post statement itu di twitter, facebook, dan sebagainya. Bukan untukku meraih perhatian, bukan untuk menjaja perasaan, tetapi itulah salah satu cara untuk melepaskan perasaan rindu yang amat kepada keluargaku. Hanya Allah SWT yang tahu betapa rindunya aku pada mereka.

Sejak berjauhan dengan family, aku menjadi seorang sangat sangat sensitif, menjadi seorang yang sentiasa berhati-hati dalam pergaulan, periang, menjadi seorang yang cuba untuk senyum sepanjang masa - happy sentiasa, dan cuba untuk menjadi seorang yang baik (insyaAllah) demi diriku, menjaga nama baik keluargaku, dan juga nama Islam. Tetapi, luaran kita tidak semestinya menggambarkan perasaan dan diri dalaman kita bukan? :')

YEAH! Sekarang ni, aku sangat sakit! Sakit yang teramat! Sakit yang sukar untuk sembuh. Aku tak mampu nak luahkan dekat sesiapa. Hanya Allah SWT sahaja lah tempat untukku mengadu, dengan iringan doa aku kirimkan, insyaAllah. Aku tak mampu nak luahkan dekat mummyku mahupun abahku. Disaat aku mendengar suara mereka, aku cuba untuk menolak ke tepi rasa sakit ini, walau aku tahu ianya perit untukku simpan. Ya, sakit yang aku maksudkan adalah sakit rindu. Ya Allah, aku rindu pada mereka Ya Allah. Sakit untukku simpan perasaan ini. Aku menangis teresak-esak, itu sahaja ubat kepada perasaanku, tiada yang lain. Hanya doaku mengiringi mereka, Ya Allah. Semoga Engkau redhai perjuanganku di sini, demi mereka.

p/s Tinggal lagi 14 hari.. Tidak sabar untukku melihat mereka di depan mata kepala sendiri. Aku harapkan air mata yang berguguran saat menulis entri pendek ini tidak akan berguguran lagi disaat berjumpa dengan mereka. Semoga Allah Redha dengan perjuanganku di sini.

"Bukan sahaja menuntut ilmu, perasaan RINDU itu juga satu JIHAD.. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan rasa sakit ini, kerana aku tahu, kebahagiaan akan sentiasa menanti diriku di hadapan. Bismillah!"


Yang menulis,
Eiqa Ismuini

Friday, 27 April 2012

terima kasih buat kakak :)


Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Seorang kakak yang baik hati,
Juga seorang yang sangat memahami,
 Dengan sikapnya yang merendah diri,
Setiap bait-bait katanya aku teliti, 
Apa yang pasti,
Aku kagum dan terpesona dengan dirinya yang sopan santun dan berbudi pekerti..

Merupakan anak yang bongsu,
Tetapi tidak bagiku.
Dia seolah anak sulung, kakak kepadaku.

Sungguhpun dia bukan darah dagingku, 
Malah bukan keluargaku,
Tetapi aku kuat mengatakan,
Dia lah saudara Islam yang Allah hadiahkan untukku,
Untuk menjagaku, juga menyayangiku..
(aku je yang harapkan begitu)
hahaha~
**tapi betul kan, kakak sayang eiqa?**
ngehngeh =P

Perasaan sayang itu datang bilamana masa kita susah dan senang,
dia sentiasa ada dekat dengan kita.
Bila kita rasa susah, dia sanggup tolong semampu dia,
Bila kita rasa senang, dia ikut senang sama macam kita.
Bila kita bersama dia, rasa tenang itu persis cam ketenangan kita bersama keluarga tercinta.
Besar mana pun rahsia kita, bilamana kita mula berbicara, seolah-olah tiada gap rahsia, semua kita cerita.
Buruk perangai kita, baik perangai kita, semua benda macam nak bagitau.
Kita tak kesah, sebab dia juga macam family kita.
Kita seronok bila bersamanya..
Kita sayang kakak.. Sayang sangat-sangat! :)

Minggu ni kita sedih sesangat, rasa down, rasa loser, rasa macam diri teruk, padahal sebab assignment yang berlambak je.. Benda kecik pun macam penentuan hidup dan mati, entah pape la Eiqa.. haha.. Tapi atas nasihat yang dia bagi, buat kita berfikir. Serius, setiap kata-katanya mematangkan fikiran kita. Alhamdulillah sekarang dah cool down, boleh berfikir positif yang betul-betul positif. 
Terima kasih kakak. 
Terima kasih banyak banyak.

Khas buat kakak Chibi Maruko Chan, hikss! =P

Yang Menulis,
Eiqa Ismuini

Saturday, 18 February 2012

Semester 2 Tahun 1 Bermula..

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Pukul 10.44pm baru sampai terus terjun katil check email, check twitter, facebook, dan post this entry.. nahhh! Hehe.. Harini kita stay kat rumah kawan, sahabat Matrik Teknikal Johor dulu.. hehe. Lama tak jumpa mereka, semua nampak sihat belaka auuw! Kita je tak, kahkah! Hmm tapi betul la kot, tak miss kalau tak dengar orang panggil 'budak kecik', entah bila la kita nak membesar wuwuuu~ *nangis*

IT's OKAY, memang dah ternyata terang benderang disuluh kannn.. Nak buat camana. Nak deny pun tak guna. hmm *buat muka redha* Cerita pasal flight, actually tadi flight pukul 2.15pm, tapi delayed sebab hujan lebat tambah guruh tambah kilat, so bahaya untuk 'belon' untuk terbang, so dalam pukul 2.30pm tak silap, baru boleh, tu pun masih hujan-hujan lagi.. Memang tawakal je la tadi.. Alhamdulillah flight kita sampai destinasi almost pukul 4.30pm. Biasanya 1jam 30min je, tapi memandangkan cuaca tak elok, almost 2 jam baru sampai. Sampai je terus ke Terminal Keretapi hantar kawan, then terus ke Masjid kejap, solat Asar.. Pastu direct terus ke One Utama, makan-makan.. Serius penat sangat! Pening kepala sepanjang perjalanan, tapi diteruskan juga, kuatkan diri, pertahankan mental, chewah! Lebih-lebih pulak. hehe.

Ni gambar yang sempat kita shoot..

yang saya makan ;)

meera and wani
Thanx wani, pinjamkan kami bilik untuk satu hari.. hehe ;'D 


wawa and me
Tak lupa, Shidie Noridin (tak sempat amik gamba) thank you so much tumpangkan kereta amik kitorang tadi, then esok pulak hantar kitorang balik kolej. Terima kasih banyak-banyak kawan :') 


Next, cerita pasal semester 2 pula. Jadual agak padat la, tapi apa yang best, hari Khamis free! Auuww! Suka sebab senang nak ulang alik pergi appointment braces. huhu. Susah woo orang yang duk jauh ni, Klinik gigi tu, tak ada kenderaan awam yang lalu, so terpaksa buat muka tebal, pergi carik transport minta tolong hantar *sedih* cliche kan? tapi tu kata-kata orang yang lemah.. Fuhh! Tak baik mengeluh, ramai lagi yang susah dari kita, tapi masih mampu berdikari sendiri. So kita? Setiap manusia tak ada bezanya, semua sama. Tapi apa yang berbeza adalah sikap seseorang tu. Jadi, kalau mereka boleh, kita pasti boleh! YEAH! InsyaAllah, masuk semester 2 ni akan jadi lebih baik dari sebelumnya.

Doakan kejayaan Iqa yea :)
Wassalam..
Yang menulis,
Syafiqah (Iqa)

Thursday, 16 February 2012

Semester 1 Tahun 1

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Syukur alhamdulillah, SEMESTER 1 sudah pun berakhir! DAN semester 2 akan bermula next week *nangis*,, Okay kat sini kita nak bagitau, semalam keputusan rasmi untuk semester 1 dah keluar. Agak menggembirakan juga, walaupun ramai yang dapat lagi tinggi dari kita. Tapi dah capai target tu syukur la. Sebelum tu tak rasa pun dapat result yang kira agak baik ni, sebab Statik agak susah kalau tak buat latihan consistent, the Killer Subject tahun 1 untuk budak Mechanical Engineering macam kami-kami ni. Kita sampai nangis-nangis (nangis gerimis jek) sebab tension. Bukan tension study, tapi tension takut tak boleh buat. Macam biasa la budak Engineering, kadang-kadang apa yang kami belajar tak sama dengan soalan yang akan keluar. Susah nak target soalan. Masuk je Dewan Peperiksaan, semua muka redha je nak jawab soalan yang bakal ditempuhi tu.. chewah! kihkih..

Atas usaha kita dan kawan2, walau tak dapat rumah FLAT pun, dapat BANGLO pun cukup. nahh! (merepek) stop bebel-ing.. 

Kawan-kawan, ni la result kita..


3.64
Alhamdulillah.. Ini semua atas DOA mummy abah, family, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat semua.. Dengan usaha kita, cabaran Kekna kita (dia cabar mesti dapat Dean List) dan semangat yang tak putus-putus dari semua yang mengenali. Terima kasih banyak-banyak! InsyaAllah, pada masa yang akan datang, kita akan buat yang lebih baik lagi demi masa depan kita, demi kesejahteraan keluarga, Negara dan yang penting agama, agama Islam. Kejayaan ini semua milik Allah SWT. Tiada apa yang dibanggakan melainkan berterima kasih kepada Dia, Allah SWT atas rezeki yang dia berikan. Kena ingat juga (buat diri juga kawan-kawan), usaha bukan setakat ini sahaja, sentiasa berterusan.. Fuuhh banyak lagi yang kita perlu tempuh. Lagi 4 tahun kot. Hmmmm~

"Belajar bukan untuk dapatkan A atau Dean semata,
Belajar adalah kerana Allah SWT"

Pesanan yang diberikan sentiasa tersemat dalam diri, insyaAllah.. Terima kasih atas doa semua. InsyaAllah kita akan buat lebih baik untuk semester yang akan datang. 

Alhamdulillah Ya Rabb~!

Yang menulis,
Syafiqah (Iqa)

Tuesday, 14 February 2012

Sebulan di Tanah Borneo

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Alhamdulillah sebulan berada di tanah kelahiran sendiri. Banyak program yang saya sertai. Juga banyak family events yang tak lengang meraikan saya dan cousins yang lain. Segala yang saya inginkan, yang sukar didapati di tanah Semenanjung, alhamdulillah hampir dipenuhi di sini. Bersyukur mempunyai keluarga yang memahami. Tapi segala keinginan tu bukan dengan pembaziran wang ya! Masa hujung minggu saya dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Isnin sampai Jumaat apa cerita? hehe. Actually on weekdays, cuma saya yang berada di rumah 24hrs. Abah dengan mommy kerja, dedek (adik) sekolah. jadi pengurusan rumah semua di bawah tanggungan saya, sementara sahaja ya. winkwink! Ada masanya kawan-kawan ajak keluar pergi menabung kat shopping complex. hehe. Tak beli apa-apapun, cuma belanja ke arah makanan (for sure), main boling, jalan-jalan dan macam biasa la, how teenagers hanging-out with their friends in POSITIVE ways. Okay tak mahu bebel panjang, sometimes a picture could story and expressed everything, right? here we go, saya try cerita through gambar sahaja ya.

UNIMAS
Di awal minggu percutian ini, saya ditawarkan jadi Fasilitator untuk peserta lepasan SPM & STPM kat UNIMAS, program ni adalah persediaan untuk mereka menghadapi masa-masa di Menara Gading nanti, insyaAllah. Banyak perkara yang saya belajar juga disamping mendidik dan memupuk mereka dengan rasional-rasional yang disampaikan melalui beberapa aktiviti yang dilakukan.

Saya dikenali sebagai Kak Iqa (winkwink!) sebagai Fasilitator kumpulan Gagak
Adik-adik kumpulan Gagak yang disayangi. Mujahidah Solehah, insyaAllah :')
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, semoga apa yang disampaikan tersimpan rapi dalam diri mereka, dan dipraktikan dalam kehidupan seharian.. Aminnn :) 

Steamboat
One of the favorite place to go is Steamboat. Memang terbaik la kan kena serang kegatalan. UPSss! haha. Padan muka, tahu ubat da habis tak pergi beli. hehe. Apa-apapun alergi tidak menghalang saya untuk melayan karenah sahabat-sahabat. Seronok! ;)

LINUT
Gambar hiasan kat atas ni, kat Sarawak kitorang panggil Linut. Dekat Sabah namanya Ambuyat. Tapi sama je spesis dia. Rupanya transparent, macam gam di makan dengan sambal asam atau apa-apa yang korang suka. Cara makannya dengan chopstick, tetapi bagi yang tak pandai tu guna garfu pom boley~ hehe. Haritu satu family datang rumah makan Linut ni beramai-ramai. Cool! ;)
Hmm, rasanya setakat ni je la kot yang saya boleh kongsikan. hehe..

Oh ya, sebelum tu, I want to share a little bit about the Kids in my family..
Dayang Amyliana Hanna
Gambar ni masa kat Masjid Jamek malam Cinta Rasulullah.. Budak kecik ni nama dia Nana, my niece yang paling rapat. So closed to me. Sekarang ni dia dah Primary 1. Dulu cengeng, sekarang gedik. Datang rumah, benda pertama yang dia cari is my phone. 

Abang Arefqi Hairal
Yang ni pulak my nephew. Also quite closed dengan me. We call her Qiqi. Dia ni nakal sikit, tak reti nak duduk diam. Ada sahaja benda yang dia nak buat. Yang ni lain sikit, dtang je rumah perkara pertama dia nak tuju is my room. Suka sangat tarik tangan saya, then ajak naik atas. Bila kita buat-buat ignore, mula lah dia merengek menangis. haishh! sangat pening! balik-balik, saya juga kena kemas balik bilik. huhu -___-"

Walaupun diorang tu niece & nephew, they still call me as Kak Iqa. kihkih..
Dedek as Kak Dedek
Mommy as Nek Mommy,
Abah as Nek Uncle.

The Baby - Syed Adl Faliq bin Syed Al Fareezan
Yeah! My first cucu! hehe. The name's given by her Abah, Syed Adl Faliq. We call him baby Faliq. The one yang 'gendong' dia tu la Abah dia (my nephew). My nephew ni suruh baby Faliq panggil dia as Abah & isteri dia pula as Mommy. sama macam I call my Abah & Mommy. hehe.

Okay that's all from me!
tata! 

p/s:-
4 days to go
Sabtu dah nak fly ke KL :'( *nangis*

Minggu depan Semester 2 bermula, doakan Iqa ya kawan-kawan.. :)