About Me

The name is Eiqa @ Iqa. I'm a full time Allah's servant, a daughter to my parents, a sister to my siblings and a friend to my friends. I'm a full time student ; specific in Mechanical Engineering (Design). I enjoy reading, writing, listening, talking, thinking, learning, playing, eating and so much more! My life begins on Dec 22nd,1992 @ Jamadilakhir 1413.

Blog Archive

soul o'heart

Powered by Blogger.

Thursday, 16 February 2012

Semester 1 Tahun 1

Assalamualaikum wbt..

******************* coretan si hati kecilku - Eiqa Ismuini *******************

Syukur alhamdulillah, SEMESTER 1 sudah pun berakhir! DAN semester 2 akan bermula next week *nangis*,, Okay kat sini kita nak bagitau, semalam keputusan rasmi untuk semester 1 dah keluar. Agak menggembirakan juga, walaupun ramai yang dapat lagi tinggi dari kita. Tapi dah capai target tu syukur la. Sebelum tu tak rasa pun dapat result yang kira agak baik ni, sebab Statik agak susah kalau tak buat latihan consistent, the Killer Subject tahun 1 untuk budak Mechanical Engineering macam kami-kami ni. Kita sampai nangis-nangis (nangis gerimis jek) sebab tension. Bukan tension study, tapi tension takut tak boleh buat. Macam biasa la budak Engineering, kadang-kadang apa yang kami belajar tak sama dengan soalan yang akan keluar. Susah nak target soalan. Masuk je Dewan Peperiksaan, semua muka redha je nak jawab soalan yang bakal ditempuhi tu.. chewah! kihkih..

Atas usaha kita dan kawan2, walau tak dapat rumah FLAT pun, dapat BANGLO pun cukup. nahh! (merepek) stop bebel-ing.. 

Kawan-kawan, ni la result kita..


3.64
Alhamdulillah.. Ini semua atas DOA mummy abah, family, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat semua.. Dengan usaha kita, cabaran Kekna kita (dia cabar mesti dapat Dean List) dan semangat yang tak putus-putus dari semua yang mengenali. Terima kasih banyak-banyak! InsyaAllah, pada masa yang akan datang, kita akan buat yang lebih baik lagi demi masa depan kita, demi kesejahteraan keluarga, Negara dan yang penting agama, agama Islam. Kejayaan ini semua milik Allah SWT. Tiada apa yang dibanggakan melainkan berterima kasih kepada Dia, Allah SWT atas rezeki yang dia berikan. Kena ingat juga (buat diri juga kawan-kawan), usaha bukan setakat ini sahaja, sentiasa berterusan.. Fuuhh banyak lagi yang kita perlu tempuh. Lagi 4 tahun kot. Hmmmm~

"Belajar bukan untuk dapatkan A atau Dean semata,
Belajar adalah kerana Allah SWT"

Pesanan yang diberikan sentiasa tersemat dalam diri, insyaAllah.. Terima kasih atas doa semua. InsyaAllah kita akan buat lebih baik untuk semester yang akan datang. 

Alhamdulillah Ya Rabb~!

Yang menulis,
Syafiqah (Iqa)

2 comments:

  1. tahniah.. make sure every sem u dekan sebab nanti masa grad dapat anugerah ketua jabatan. i dah tak boleh dah so sangat rugi. jaga your pointer ye ;)

    ReplyDelete